5 Tempat Terbaik Untuk Kuliner Malam di Melaka Dijamin Bikin Kenyang Aman Dikantong

CIREBON,BERITARADAR.COM – Selain terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi, Melaka juga mempunyai Tempat Terbaik Untuk Kuliner Malam di Melaka.

Jika anda sedang mencari tempat makan malam yang mempunyai suasana yang meriah dan santai.

Simak Ulasan Lengkap Tentang 5 Tempat Terbaik Untuk Kuliner Malam di Melaka

1. Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana

Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana terletak di Taman Kota Laksamana, Melaka. Apa yang unik sangat berbanding dengan asam pedas di tempat lain ialah, asam pedas di restoran ini dihidangkan dalam claypot.

Restoran ini memang sering menjadi tumpuan ramai pengunjung yang berkunjung ke Melaka. Terdapat pelbagai pilihan asam pedas di restoran ini seperti asam pedas ikan pari, ikan parang, ikan kembung, dan juga daging tetel.

  • Lokasi: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka. (Google Maps)
  • Waktu Operasi: 6:00 PM – 4:00 AM
  • No. Telefon: +6012-6800790

2. Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant

Berdekatan dengan Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, Restoran Pak Putra Tandoori & Naan menyajikan hidangan dan lauk-pauk dari resepi India Utara seperti tandoori dan naan. Antara menu yang paling digemari ramai ialah ayam tandoori, roti cheese naan serta lassinya.

  • Lokasi: Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka (Google Maps)
  • Waktu Operasi: 5:30 PM – 1:00 AM
  • No. Telefon: +6012-6015876

3. Aida Rich Cafe

Aida Rich Cafe terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Restoran ini terkenal dengan hidangan menu makanan Melaka seperti asam pedas dan masakan nyonya.

Antara menu popular di restoran ini ialah ayam cili, ayam pongteh, asam pedas nyonya, asam pedas daging tetel dan sebagainya. Restoran ini juga menyediakan hidangan Western yang sungguh lazat seperti chicken chop, lamb chop dan sebagainya.

  • Lokasi: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka (Google Maps)
  • Waktu Operasi: 12:00 PM – 11:00 PM
  • No. Telefon: +6012-6793811

4. Qasreena Cafe

Qasreena Cafe terletak di Taman Puncak, Bukit Katil, Melaka. Kafe ini mempunyai reputasi yang agak baik dalam kalangan penduduk setempat. Terdapat pelbagai menu yang sedap dan nama makanan yang agak unik antaranya ialah nasi goreng cili api sizzler, nasi goreng seafood portugis armada, nasi goreng ayam bali, dan sebagainya.

  • Lokasi: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil, 75450 Melaka. (Google Maps)
  • Waktu Operasi: 3:00 PM – 12:00 AM
  • No. Telefon: +6019-4455463

5. Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik)

Restoran Klasik Terapung merupakan sebuah restoran yang bertapak di Sungai Putat, Melaka. Restoran ini menyediakan pelbagai menu seperti masakan Melayu, Thai, Cina dan Barat (Western).

Restoran ini juga telah diubahsuai dengan berkonsepkan klasik dengan ukiran-ukiran kayu serta pemandangan tasik yang romantik dan santai. Di samping itu, restoran ini juga menawarkan pakej untuk jamuan makan dan perkahwinan.

  • Lokasi: 48, Jalan Sungai Putat, Sungai Putat, 75450 Bukit Beruang, Melaka. (Google Maps)
  • Waktu Operasi: 11:00 AM – 3:00 PM, 6:00 PM – 12:00 AM
  • No. Telefon: +606-2326745

Itulah tadi ulasan lengkap tentang 5 Tempat Terbaik Untuk Kuliner Malam di Melaka semoga bermanfaat dan bisa menambah wawasan. (*)

 

 

Tinggalkan Balasan